Latihan Bersama Tentera Darat China-Singapura Bermula

2019-07-28 14:37:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_合作-2019中新陆军联合训练正式开始

Latihan bersama tentera darat China dan Singapura yang berkod "Kerjasama 2019" telah dirasmikan di kem Jurong Divisi No.3 Tentera Darat Singapura pagi semalam. Latihan bersama yang berlangsung selama 13 hari ini disertai 120 anggota teras dari Batalion Penggembur No.1 Tentera Darat Singapura dan 120 anggota tentera dari Kumpulan ke-74 Tentera Darat China.

图片默认标题_fororder_中新两国观摩团团长检阅参训官兵


Difahamkan, latihan ini akan mengutamakan tindakan anti keganasan di bandar, dengan merangkumi pelbagai subjek termasuk menyerbu masuk, mencari, menembak hendap dan membunuh, menyelamat dan merawat. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pertukaran taktik dan memperkukuh rasa saling mempercayai antara tentera kedua-dua negara serta mengeratkan ikatan persahabatan tradisional kedua-dua negara. 

图片默认标题_fororder_参训中方官兵

曹捷