Forum Interaksi Sosiobudaya dan Kerjasama Ekonomi China-Filipina di Manila

2019-07-28 14:41:32  CRI
Share with:

Forum Interaksi Sosiobudaya dan Kerjasama Ekonomi China-Filipina dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diadakan di daerah Metro Manila, Filipina kelmarin, diserikan dengan ratusan tetamu dari Kementerian Penerangan, Pengangkutan dan Kesihatan Filipina, Persatuan Diplomasi Publik China (CPDA), Kedutaan China ke Filipina dan syarikat China di Filipina serta sarjana dan pakar dari kedua-dua negara, dan perantau Cina di Filipina.

图片默认标题_fororder_1

Menteri Penerangan Filipina, Martin Andanar menyatakan, Inisiatif BRI dilihat berperanan menggalakkan interaksi ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya dalam lingkungan serantau bahkan dunia, termasuklah Filipina yang memanfaatkan peluang itu. Dalam rangka BRI, pihaknya telah mendorong kerjasama dan interaksi yang baik antara pengamal media kedua-dua negara, yang dipercayai dapat menambah persefahaman dan kepercayaan antara rakyat kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_2


Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagai Arroyo menganggap Filipina akan mengekalkan kerjasama dengan China dalam rangka BRI, dan mengalu-alukan pelaburan syarikat China yang diharap dapat membantu Filipina meningkatkan pembangunan ekonomi dan tahap teknologi dalam sektor pertanian dan perindustrian. Rakyat Filipina pasti akan mendapat faedah daripadanya.

图片默认标题_fororder_3

Kaunselor yang berpangkat duta dari Kedutaan Besar China ke Filipina, Tan Qingsheng menyatakan, Filipina adalah rakan penting dalam pembinaan bersama inisiatif BRI. Kerjasama kedua-dua negara ini terus diintensifkan dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya demi keuntungan rakyat kedua-dua negara. 

曹捷