AMM ke-52 Buka Tirai di Bangkok

2019-07-30 14:23:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124820826_15645569506131n

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-52 berlangsung di Bangkok, Thailand pada 29 Julai hingga 3 Ogos.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dijadualkan berucap pada majlis perasmian besok.

Siri mesyuarat akan memfokuskan usaha menggalakkan perkongsian dan mewujudkan pembangunan mampan, mengatur perbincangan mengenai isu-isu utama yang dihadapi bersama termasuk di peringkat serantau.

Dalam tempoh enam hari, para menteri juga akan bermesyuarat di bawah rangka ASEAN dengan China (10+1), dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) serta Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau Asia (ARF).

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi bakal hadir dan mengadakan lawatan rasmi ke Thailand.

 

覃淼