Sambutan Ulang Tahun PLA di Filipina

2019-07-30 14:39:17  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Filipina mengadakan satu jamuan malam semalam, sempena ulang tahun ke-92 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Duta Besar China, Zhao Jianhua mengulangi pendirian China yang menjunjung pembangunan secara damai dan tidak mengejar hegemoni atau peluasan.

Beliau berkata, PLA aktif terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), serta teguh melindungi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Hubungan antara tentera komponen penting ikatan dua hala China dan Filipina. China bersedia bersama-sama meningkatkan kesalingpercayaan dan persefahaman, sambil menjaga ketenteraman seluruh rantau.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengucapkan tahniah atas ulang tahun PLA. Katanya, Filipina bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam memerangi keganasan, ekstremisme dan jenayah rentas sempadan, serta bantuan kemanusiaan.

胡星