Menteri Luar China, Indonesia Temu di Bangkok

2019-07-31 12:52:18  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi di Bangkok, Thailand sempena siri persidangan menteri luar ASEAN semalam.

Wang berkata, China mementingkan peranan dan kedudukan Indonesia di arena antarabangsa. China dan Indonesia jiran baik dan mempunyai potensi kerjasama yang meluas.

China bersedia bersama-sama Indonesia mengatur interaksi peringkat tinggi yang seterusnya, bagi melonjakkan kerjasama dua hala ke satu tahap yang lebih tinggi. China mahu bergabung tenaga dengan negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, merapatkan kerjasama demi kemakmuran dan ketenteraman serantau.

Retno Marsudi pula berkata, pihaknya mahu memperkukuh rasa saling percaya dalam politik dan menggalakkan perkembangan berterusan hubungan dua hala.

Beliau memaklumkan, Presiden Joko Widodo akan mengadakan lawatan ke China dan menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-2 pada November akan datang.

覃淼