Kerjasama, Pembangunan Jadi Tumpuan AMM

2019-07-31 13:38:06  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-52 dan siri menyuarat yang berkaitan, membuka tirai di Bangkok Isnin lalu.

Penganalisis berpendapat, perkongsian strategik antara China dengan ASEAN semakin rapat dan kukuh pada tahun lepas. Pada November tahun lalu, Visi 2030 mengenai ikatan tersebut dikeluarkan, berserta persetujuan untuk menggalakkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Visi 2025 ASEAN.

Dalam isu Laut China Selatan, China dan negara-negara ASEAN mengekalkan kerjasama dan rundingan dalam setahun lalu agar bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan tersebut.

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri menyuarat menteri luar di bawah rangka ASEAN dengan China serta dengan China, Jepun dan Korea Selatan, disusuli agenda lawatan rasmi di Thailand.

胡星