Yakin Mampu Bersama-sama Muktamadkan CoC

2019-08-01 13:41:56  CRI
Share with:

China yakin mampu bersama-sama negara-negara ASEAN memuktamadkan Kod Tatalaku (CoC)

di Laut China Selatan yang kini dalam proses rundingan.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu taklimat media di Bangkok semalam memberi komen tentang perkembangan semasa dokumen berkenaan, selepas pusingan pertama rundingan selesai lebih awal daripada jadual.

Beliau berkata, China sentiasa bersikap positif dan memainkan peranan selaku penggalak utama rundingan CoC. Asalkan semua pihak bergabung tenaga, saling percaya dan bergerak sehaluan, proses rundingan nescaya dapat diselesaikan dalam masa tiga tahun yang ditetapkan.

CoC yang dikatakan satu penaiktarafan terhadap Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, dipercayai peraturan yang lebih berkesan dan lebih sesuai dengan keperluan sebenar rantau ini.

Beliau juga yakin bahawa rundingan dan pelaksanaan CoC akan menjadikan situasi di Laut China Selatan lebih stabil, manakala perselisihan antara negara-negara pesisir ditangani dengan berkesan. Selain itu, kebebasan pelayaran dan penerbangan akan dijamin, begitu juga kepentingan negara-negara di luar rantau.

胡星