Hubungan China, Singapura Berkembang Baik

2019-08-01 14:40:23  CRI
Share with:
Hubungan antara China dengan Singapura berkembang baik, manakala pertukaran lawatan peringkat tinggi yang rancak turut menyuntik momentum baharu kepada ikatan dua hala.

Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi semasa bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Bangkok semalam.

Wang menyatakan tahun depan genap 30 tahun China dan Singapura menjalin hubungan diplomatik. China bersedia bersama-sama Singapura melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping menyokong perdagangan bebas dan membina ekonomi dunia yang terbuka.

Vivian pula berkata, penyelarasan strategi pembangunan kedua-dua negara berjalan lancar, begitu juga penaiktarafan kawasan perdagangan bebas.

Singapura gembira melihat kerjasama komprehensif ASEAN dengan China mencapai kemajuan ketara, dan bersedia terus memainkan peranan konstruktif bagi menggalakkan hubungan berkenaan.

 

徐国玮