Jumlah import dan eksport antara China dengan ASEAN mencatat USD291.85 bilion (RM1.2 trilion) pada separuh pertama tahun ini.
Data Kementerian Perdagangan China menunjukkan satu peningkatan sebanyak 4.2% berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menjadikan ASEAN rakan dagang kedua terbesar bagi China. China pula kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN untuk 10 tahun berturut-turut.
Penolong Menteri Perdagangan China, Li Chenggang menyatakan kerjasama ekonomi dan perdagangan China dan ASEAN di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah membuahkan hasil cemerlang. Proses integrasi ekonomi serantau juga telah dipercepat.
Katanya, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) yang diadakan sejak 15 tahun lalu, telah memainkan peranan positif dalam memangkin kerjasama lebih rancak.
CAEXPO ke-16 akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 20 hingga 23 September.
Li Chenggang berkata, China mahu mengimport lebih banyak produk dari negara-negara ASEAN. Syarikat dari ASEAN juga diharap aktif mengambil bahagian dan berkongsi peluang perniagaan.