China Bantu Atasi Kemarau

2019-08-02 19:47:39  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi memberi komen tentang bencana kemarau yang berlaku di aliran Sungai Mekong, sempena menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) di Bangkok pada 2 Ogos.

Wang, yang juga ahli Dewan Negara China berkata, Sungai Lancang-Mekong ialah sebatang sungai yang amat penting, di mana China dan negara-negara ASEAN berkongsi nasib. Kerjasama yang erat antara hulu dan hilir sungai ini, komponen penting bagi kerjasama Lancang-Mekong.

Pada masa ini, kawasan hulu sungai Lancang yang terletak di wilayah China juga dilanda bencana kemarau. Namun China tidak menghiraukan kesukaran  sendiri dan meningkatkan pelepasan air sungai berkenaan. Kesungguhan China ini diharap dapat membantu negara-negara di kawasan hilir sungai Mekong untuk meredakan kemarau.

Tambah beliau, beberapa negara dari luar rantau ini membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab, ini pasti tidak akan dipersetujui oleh negara-negara di hilir sungai Mekong. 

王瑾