China, Brunei Terus Tingkat Hubungan Kerjasama

2019-08-02 16:32:50  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Brunei, Dato Seri Paduka Haji Erywan di Bangkok semalam.

Wang berkata, hubungan antara China dengan Brunei yang berkembang baik menjadi teladan bagi hubungan antara negara besar dengan negara kecil yang saling memahami, saling menghormati, sokong-menyokong dan hidup bersama secara damai.

Kedua-dua negara perlu mengambil peluang daripada pembinaan Jalur dan Laluan bagi menggalakkan pembangunan projek koridor ekonomi Guangxi-Brunei, selain mempergiat interaksi sosiobudaya dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Dato Seri Erywan pula berkata, hubungan antara Brunei dengan China telah dinaiktarafkan kepada perkongsian strategik ketika Presiden Xi Jinping melawat Brunei.

Brunei bersedia bersama-sama China merapatkan pertukaran peringkat tinggi dan kerjasama, demi perkembangan lebih besar dalam hubungan dua hala.

徐国玮