Warga China Diingat Jaga Keselamatan di Thailand

2019-08-04 14:50:33  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Thailand mengingatkan warga China supaya berwaspada apabila berada di negara itu.

Kejadian letupan bom yang berlaku di beberapa tempat di Bangkok, Thailand pada 2 Ogos telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 2 orang cedera.

Dalam pada itu, bahan yang disyaki bahan letupan juga ditemui lagi di beberapa tempat.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha mengarahkan supaya kawalan keselamatan ditingkatkan. Selain itu, polis telah menahan 2 orang suspek dan menjalankan siasatan berkenaan. 
 

覃淼