Penerbangan Carter Hefei-Mandalay Dibuka

2019-08-05 13:06:41  CRI
Share with:
Laluan penerbangan carter antara Hefei, China dengan Mandalay, Myanmar dibuka semalam, yang pertama antara kedua-dua bandar.

Penerbangan kendalian Myanmar Airways International beroperasi setiap Selesa, Khamis dan Sabtu dengan pesawat Airbus A319, yang menawarkan 119 kerusi kelas ekonomi dan lapan kerusi kelas perniagaan.

Mandalay bandar kedua terbesar di Myanmar, juga tempat tumpuan perantau China. Kota itu terkenal dengan sumber asli seperti batu delima dan jed serta landskap budaya yang unik.
 
梁靓