Daya Tarikan Ekonomi Negara BRI Meningkat

2019-08-07 12:52:55  CRI
Share with:
Daya tarikan ekonomi negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terutamanya di Asia Tenggara meningkat pada keseluruhannya, namun risiko pelaburan juga meningkat sama pada umumnya.

Laporan kedua mengenai indeks pelaburan negara-negara BRI yang disiarkan firma audit Deloitte dan Suruhanjaya Perniagaan Shanghai semalam menyebut, jumlah pelaburan syarikat China terhadap negara-negara BRI akan terus meningkat stabil pada masa depan, sementara bidang kerjasama makin luas.

Selain industri tradisional seperti tenaga elektrik, petroleum, petrokimia dan infrastruktur, tumpuan pelaburan syarikat China akan diperluas hingga meliputi pemajakan, perkhidmatan perniagaan, kewangan, industri borong dan runcit serta yang berteknologi tinggi. 

Di samping itu, pelaburan membabitkan negara-negara tertentu dan bidang-bidang utama akan terus bertambah.
 
梁靓