Jambatan Kereta Api Ganlanba Siap

2019-08-07 12:08:33  CRI
Share with:
Jambatan Ganlanba yang merentasi tanah pertanian di Jinghong, provinsi Yunnan siap dibina semalam.

Jambatan 3,500 meter yang dibina bermula hujung Mac, jambatan paling panjang di wilayah China dalam projek landasan kereta api yang dibangunkan dengan usaha sama Laos. 

Setakat pertengahan tahun, lebih 60% pelaburan untuk segmen di wilayah China iaitu Yuxi-Mohan telah digunakan dengan jambatan dan terowong masing-masing 73% dan 65%.


Projek landasan kereta api China-Laos merupakan kerjasama antara kerajaan yang menyasarkan pembinaan rel elektrik dengan kelajuan maksimum kereta api 160 kilometer sejam. Laluan penumpang dan kargo itu menghubungkan kawasan sempadan di Boten, utara Laos dengan ibu kota Vientiane yang lebih 414 kilometer jauhnya.
 
梁靓