Hubungan China, Singapura Makin Erat

2019-08-09 19:43:23  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengirim perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan sempena Hari Kebangsaan ke-54 republik itu.

 

Wang menyatakan Singapura yang mengekalkan momentum pembangunan kuat sepanjang 54 tahun lalu, telah menjadi entiti ekonomi penting di Asia malah dunia. Beliau yakin Singapura mampu terus mencapai matlamat pembangunan baharu melalui usaha bersama kerajaan dan rakyat.

 

Katanya, kerjasama antara China dan Singapura melibatkan pelbagai bidang berkembang lancar, khususnya usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang turut menjadi teladan dalam sinergi China dengan negara-negara lain.

 

Beliau menyuarakan kesediaannya untuk bersama-sama Vivian mengeratkan lagi ikatan dua negara serta hubungan China dengan ASEAN demi manfaat rakyat seluruh rantau.

 

 

 

张哲