Yakin Singapura Terus Lakar Kegemilangan

2019-08-09 19:42:02  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong bersempena Hari Kebangsaan ke-54 republik itu.

 

Li dalam suratnya menyatakan tahun ini juga ulang tahun ke-200 bermulanya perdagangan antara Singapura dengan luar. Hasil perjuangan gigih segenerasi demi segenerasi warga Singapura, satu jalan pembangunan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri telah diwujudkan hingga menjadikan Singapura entiti ekonomi penting di Asia bahkan dunia. Singapura diyakini mampu terus melakar kegemilangan pada masa depan.

 

Katanya, hubungan China-Singapura kini mengekalkan trend perkembanga yang baik. Persepakatan bagi merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang dicapai semasa pertemuan dengan PM Lee Hsien Loong pada November tahun lepas dan April tahun ini.

 

Beliau turut menzahirkan kesediaan bersama-sama pihak Singapura melonjakkan ikatan ke tahap lebih tinggi melalui kerjasama lebih rapat.

张哲