Harap CAEXPO Galak Kerjasama BRI

2019-08-11 16:05:51  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 akan berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi pada 20 hingga 23 September.

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian dalam satu temu bual menyifatkan ekspo tersebut temasya bagi kerjasama ekonomi China dan ASEAN setiap tahun.
 
Beliau berharap CAEXPO 2019 dapat memainkan peranan lebih besar sebagai platform bagi dialog peringkat tinggi dan kerjasama perniagaan serantau, di samping menggalakkan kerjasama pragmatik berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta menyumbang kepada perkongsian strategik China-ASEAN yang lebih kukuh.

Huang berkata perdagangan global kini tergendala ekoran kebangkitan amalan perlindungan dan unilateral serta meningkatnya risiko geopolitik, yang turut menjadi cabaran besar terhadap kerjasama antarabangsa. Dalam konteks ini, semua pihak perlu memperkukuh dialog dan kerjasama sambil membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

 

梁靓