Permesinan China, Penyumbang kepada Pembangunan Indonesia

2019-08-12 17:21:27  CRI
Share with:

Ratusan unit mesin keluaran China yang digunakan dalam tiga projek infrastruktur Landasan Kereta Api Laju Jakarta-Bandung dilihat sebagai jaminan bagi memastikan masa dan kualiti pembinaan sehingga mendapat sambutan baik di kalangan pelabur dan pembina Indonesia.

Demikian ujar Pengurus Besar Syarikat Prasarana Asas Geoteknikal Zhejiang Cawangan Indonesia, Ye Daifeng hari ini.

Dimaklumkan, sebanyak 50 perusahaan permesinan China beroperasi dalam pasaran Indonesia buat masa sekarang, yang dilihat mampu meningkatkan kelajuan dan keberkesanan pembangunan infrastruktur tempatan. Selain membawa teknologi dan peralatan canggih, perusahaan China juga membawa konsep perkhidmatan mutakhir dan melatih sumber manusia mengenai operasi dan pembaikpulihan.


 

高蕾