Jumlah Dagang Yunnan, ASEAN Naik 20%

2019-08-13 14:26:44  CRI
Share with:

Jumlah perdagangan antara provinsi Yunnan, China dengan negara-negara ASEAN pada tujuh bulan pertama tahun inimeningkat 20% berbanding tempoh sama tahun lepas, mencatat RMB63.01 bilion (RM36 bilion).

Data terkini Kastam Kunming menunjukkan, perdagangan dengan ASEAN kini mewakili 50.1% jumlah keseluruhan perdagangan provinsi itu.

Antaranya, import dan eksport dengan Myanmar merekodkan jumlah RMB32.58 bilion, Vietnam RMB16.04 bilion, dan Laos RMB4.57 bilion, masing-masing meningkat 21.4%, 5.3% dan 28.1%.

Perdagangan dengan Thailand menyaksikan pertumbuhan paling besar iaitu 67.3% kepada RMB5.78 bilion.

高蕾