Rundingan RCEP Capai Kemajuan Penting

2019-08-14 11:51:50  CRI
Share with:


Mesyuarat peringkat menteri berkaitan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diadakan di Beijing baru-baru ini, telah membawa kemajuan penting pada fasa kritikal ini. 

Lebih dua pertiga akses pasaran bilateral selesai dirundingkan dan lebih 80% teks perjanjian telah mendapat persetujuan pihak-pihak terlibat. Rundingan dijangka dapat dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.

Dalam pada itu, pusingan pertama bacaan teks rundingan draf tunggal mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang melibatkan China dan ASEAN telah selesai lebih awal daripada jadual. Negara-negara ASEAN berasa optimistik bahawa rundingan berkenaan dapat selesai dalam masa tiga tahun yang ditetapkan ataupun lebih awal.

Pembangunan secara damai dan kerjasama yang saling untung merupakan aspirasi bersama China dan negara-negara serantau. Mengekalkan ketenteraman dan menggalakkan pembangunan pula telah menjadi misi bersama semua pihak. 

Asalkan semua negara serantau berpadu tenaga, cerahlah harapan untuk merealisasikan keamanan, ketenteraman dan kemakmuran buat semua.

张宪