Seminar Ulang Tahun Ke-44 Hubungan Diplomatik China-Thailand di Bangkok

2019-08-18 15:01:45  CRI
Share with:

Seminar "Ulang Tahun Ke-44 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Thailand - Dunia Berubah dan Sahabat Kekal" telah diadakan di Bangkok kelmarin. Seramai 200 wakil telah menghadiri seminar berkenaan, dengan menumpu kepada peranan media menggalakkan hubungan bilateral dan ekonomi kedua-dua negara yang bertumbuh dalam tempoh 44 tahun lalu.

Kaunselor Urusan Politik Kedutaan Besar China ke Thailand, Yang Yang menyampaikan ucapan yang bertajuk "masa depan persahabatan China dan Thailand - harapan akan peranan media kedua-dua negara". Menurut beliau, Presiden China, Xi Jinping menyarankan media China dan ASEAN bertindak sebagai penyiar pertukaran, pendorong kerjasama pragmatik, penjaga keharmonian, dan pengisah kedamaian serta pembangunan. Ini juga dipercayai harapan bersama ASEAN.

Ketua Persatuan Wartawan Thailand-China, Chaiwat Wanichwatana berkata, seminar berkenaan bukan sahaja merupakan peringatan ulang tahun hubungan diplomatik, tetapi juga mengeluarkan jangkaan terhadap peluang pembangunan masa hadapan.

 

高蕾