Komuniti Cina Kecam Niat Rosak Ketenteraman di HK

2019-08-19 14:14:44  CRI
Share with:

Komuniti Cina di Filipina berhimpun di Manila kelmarin bagi mengecam penggunaan kekerasan oleh pemprotes di Hong Kong dan campur tangan kuasa asing yang ingin merosakkan ketenteraman sosial di sana.

Perhimpunan dianjurkan Persatuan Penggalakan Penyatuan Secara Damai China di Filipina, dihadiri hampir 300 orang termasuk pegawai kedutaan China, wakil persatuan serta guru dan pelajar sekolah Cina tempatan.

Pengerusi persatuan, Zhang Zhaohe menyatakan, komuniti Cina di seberang laut tidak akan membiarkan pemprotes di Hong Kong berpakat dengan kuasa asing untuk merosakkan asas kedaulatan undang-undang dan ketenteraman sosial.

Kaunselor dan Konsul Besar Kedutaan China, Luo Gang pula berkata, kerajaan dan rakyat China mampu mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan perpaduan negara, serta kemakmuran dan kestabilan Hong Kong.

Kerajaan pusat China akan terus menyokong pihak berkuasa tempatan mentadbir dan mengkuatkuasakan undang-undang. Sebarang tindakan kekerasan yang merosakkan ketenteraman sosial pasti akan dikenakan tindakan undang-undang.

胡星