Nahas Ragut Nyawa Lapan Pelancong China

2019-08-20 14:07:09  CRI
Share with:

Sebuah bas yang membawa lebih 40 pelancong China terbabas sewaktu dalam perjalanan dari Vientiane ke Luang Prabang petang semalam.

Seramai lapan orang dilaporkan maut, sementara 29 cedera, seorang hilang, dan enam masih terperangkap setakat awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku pada pukul 3.50 petang di lokasi kira-kira 40 kilometer dari Luang Prabang.

Selain pemandu bas dan pemandu pelancong warga Laos, 44 lagi yang berada di dalam bas berkenaan ialah warga China.

Pegawai kedutaan dan pejabat konsul China turut membantu kerja mencari dan menyelamat.

胡星