Warga China Diingati Berwaspada Denggi di Filipina

2019-08-22 14:50:33  CRI
Share with:

Kedutaan dan pejabat konsul China di Filipina semalam mengeluarkan notis peringatan agar warga dan syarikat China di negara itu mengambil tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada merebaknya penyakit demam denggi.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Filipina, seramai 188,000 rakyat tempatan disahkan dijangkiti denggi sejak awal tahun hingga 3 Ogos lalu. Angka itu lebih dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, 807 pesakit telah meninggal dunia.

Seiring dengan ketibaan musim hujan, jumlah kes denggi dijangka bertambah lagi.

徐国玮