Hari China-ASEAN 2019 di Beijing

2019-08-22 14:45:16  CRI
Share with:

Hari China-ASEAN 2019 diadakan di Pusat China-ASEAN di Beijing semalam.

Aktiviti diserikan dengan kehadiran lebih 200 tetamu termasuk Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Chen Dehai, Duta Besar Vietnam, Dang Minh Khoi, Duta Besar Malaysia, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan Kaunselor dari Kementerian Luar China, Liang Jianjun.

Chen Dehai dalam ucaptamanya bahawa, aktiviti itu diatur sebagai acara menyambut ulang tahun ke-52 penubuhan ASEAN, Tahun Komunikasi Media China-ASEAN dan Tahun Kebudayaan China-ASEAN.

Beliau berkata, China dan ASEAN jiran, sahabat dan rakan kongsi yang baik. Sejak perkongsian strategik dijalin 16 tahun lalu, hubungan China-ASEAN telah menjadi hubungan yang paling dinamik dalam hubungan ASEAN dengan rakan-rakan dialognya.

Kedua-dua pihak dipercayai mampu membuka prospek kerjasama yang lebih luas dan membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat, dengan berpandukan Visi Perkongsian Strategik China-ASEAN 2030.

胡星