Dialog "Islam dan Konfusianisme" di KL

2019-08-22 14:51:14  CRI
Share with:

Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua: Islam dan Konfusianisme dirasmikan di Kuala Lumpur semalam.

Dialog membuka tirai dengan perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Dalam ucapannya, baginda menyatakan bahawa agama Islam dan ajaran Konfusius menggalakkan pelbagai peradaban saling memahami dan menghormati. Pertukaran, kerjasama dan dialog sesama peradaban sudah diadakan beberapa abad lamanya.

Tatkala dunia berdepan pelbagai cabaran dewasa ini, dialog tersebut dipercayai dapat menjadi jejambat bagi interaksi antara peradaban serta menyumbang kepada masa depan seluruh dunia.

Dialog mengundang kira-kira 300 pakar, sarjana, ketua-ketua kalangan politik dan perniagaan serta pelajar muda dari kedua-dua negara untuk merenung kembali sumbangan Islam dan Konfusianisme.

Acara dianjurkan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Peking China, bertepatan dengan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

徐国玮