Warga China Cedera di Laos Dibawa Pulang

2019-08-23 13:36:51  CRI
Share with:

Empat warga China yang cedera parah dalam nahas bas di utara Laos telah dibawa pulang dengan menaiki helikopter tentera China dan penerbangan China Eastern petang semalam.

Keempat-empat mereka warga emas berumur lebih 70 tahun, yang paling tua berusia 79 tahun.

Mereka menerima rawatan awal oleh pasukan perubatan "Peace Train" dan kini dalam keadaan stabil. Mereka akan dihantar ke hospital tentera di Kunming, provinsi Yunnan untuk rawatan lanjut.

Pada 19 Ogos, sebuah bas pelancongan yang membawa 44 warga China terbabas sewaktu dalam perjalanan dari Vientiane ke Luang Prabang, mengakibatkan 13 orang maut, sementera 31 lagi cedera.

胡星