Mangsa Cedera Dihantar Pulang ke China

2019-08-24 15:56:27  CRI
Share with:

Sebanyak 20 pelancong China yang cedera dalam nahas bas di utara Laos bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay Vientiane kembali ke China semalam.

Mereka ditemani warga perubatan tentera dan sukerelawan dari China dan Laos, menaiki penerbangan khas syarikat penerbangan China Eastern petang semalam.

Pada 19 Ogos, sebuah bas pelancongan yang membawa 44 pelancong China terbabas sewaktu dalam perjalanan dari Vientiane ke Luang Prabang, mengakibatkan 13 orang maut, sementera 31 lagi cedera.

胡星