Pesta Filem China ke-14 di Bangkok

2019-08-25 15:14:42  CRI
Share with:

Pesta filem China ke-14 yang juga Minggu Interaksi Filem dan Televisyen China-Thailand 2019 diadakan di Pusat Budaya China di Bangkok, Thailand semalam. Beberapa filem dan program TV dari kedua-dua negara akan ditayangkan.

Duta Besar China ke Thailand, Lyu Jian dalam majlis perasmian menyatakan bahawa China ialah pasaran filem kedua terbesar di dunia, dan juga negara pengeluar filem yang besar. China berdialog dengan dunia dan menceritakan kisah China melalui seni filem. Diharapkan pesta filem China boleh menjadi wadah penting bagi merapatkan interaksi dan kerjasama filem antara kedua-dua negara, selain memberikan sumbangan bagi mempergiat kerjasama pragmatik dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta menggalakkan persefahaman kalangan rakyat.

Menteri Kebudayaan Thailand, Ittipol Khunpluem telah menulis perutusan yang berkata, interaksi filem ialah penggerak utama untuk memperkukuh rasa saling belajar kebudayaan kedua-dua negara. Rakyat boleh mengenali kehidupan masing-masing melalui filem.

覃淼