Pameran Sejarah Interaksi Budaya Malaysia-China 2000 Tahun di KL

2019-08-25 14:58:02  CRI
Share with:

Pameran sejarah interaksi budaya Malaysia-China 2,000 tahun dirasmikan di Kuala Lumpur semalam. Hampir 300 artifak dan foto yang mencatatkan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara ini dipamerkan.

Menteri Penasihat Keduataan Besar China, Chen Chen menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia 45 tahun lalu, kedua-dua negara telah mencapai hasil yang cemerlang dalam persahabatan tradisional, persahabatan dalam kalangan rakyat dan kerjasama yang saling menguntungkan. Persahabatan China-Malaysia tentu akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

 

覃淼