"Peace Train" Bantu Lagi Penduduk Laos

2019-08-26 13:05:14  CRI
Share with:

Pasukan perubatan tentera China "Peace Train" sekali lagi memberi khidmat kepada penduduk di wilayah Attapeu, Laos lebih setahun selepas empangan Xepian-Xe Nam Noy pecah. 

Selain diagnosis dan rawatan, mereka juga mengedarkan makalah penjagaan kesihatan dwibahasa untuk mengajar cara-cara mencegah penyakit dan menjaga diri serta jagaan selepas sembuh termasuk pemakanan.

"Peace Train" satu-satunya pasukan tentera asing yang diundang kerajaan Laos untuk operasi bantuan di kawasan bencana. 

Pada 23 Julai tahun lepas, tambak loji jana kuasa hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy runtuh sewaktu dalam pembinaan, mengakibatkan ribuan penduduk terjejas. Pasukan "Peace Train" yang sedang menjalani latihan bersama di Laos telah dikerahkan ke kawasan bencana.

 

张哲