Empat Faktor Pengaruhi Pembangunan China

2019-08-26 16:09:49  CRI
Share with:
Mekanisme pasaran, pembaharuan kewangan, pendidikan serta kestabilan politik dan kesinambungan dasar dikatakan penting bagi China untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan asing.

Ahli ekonomi, Sompop Manarungsan yang juga Presiden Institut Pengurusan Panyapiwat dalam satu temu bual baru-baru ini menyatakan tokoh pelbagai sektor di Thailand sentiasa kagum melihat pencapaian cemerlang China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan.

Beliau berkata mekanisme pasaran dimanfaatkan China untuk memajukan ekonomi, sementara pembaharuan kewangan membolehkan terbentuknya pasaran modal yang kuat. 

Pendidikan juga salah satu faktor utama yang mempengaruhi pembangunan China. Sesetengah universiti China telah dinobatkan antara yang terunggul di dunia, demikian juga hasil penyelidikan dalam cabang-cabang ilmu tertentu.     

 

张哲