Isu Rakhine Fokus Pertemuan Menteri

2019-08-28 13:01:29  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Menteri di Pejabat Penasihat Negara Myanmar, Kyaw Tint Swe di Beijing semalam.

Wang menyatakan China teguh menyokong usaha Myanmar menggalakkan perdamaian dalam negeri, dengan harapan pihak-pihak terlibat meneruskan gencatan senjata di utara melalui rundingan serta menjaga ketenteraman di sempadan kedua-dua negara.

China prihatin terhadap situasi di Negeri Rakhine dan menentang isu tersebut dipolitikkan. 

Langkah-langkah pragmatik Myanmar dalam repatriasi pelarian dari negeri berkenaan turut dipuji.

Kyaw Tint Swe pula menyatakan Myanmar amat menghargai bantuan China dalam usaha tersebut, dan berjanji terus membaiki keadaan melalui saluran bilateral dan kerjasama muhibah.

张弘