China Pengimport Terbesar Durian Thailand

2019-08-28 11:32:05  CRI
Share with:

Jumlah eksport durian Thailand pada setengah pertama tahun ini mencatat rekod paling tinggi, menjadikannya pengeskport durian terbesar dunia, sementara China pengimport terbesar.

Sumber Kementerian Perdagangan Thailand memaklumkan jumlah eksport durian negara itu mencecah USD817 juta (RM3.4 bilion) pada setengah tahun pertama, meningkat 45% berbanding tempoh sama tahun lepas. Durian mewakili 44% buah-buahan yang dieksport Thailand.

Sejak perjanjian pertama Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dimeterai pada 2003, China dan Thailand telah membatalkan tarif terhadap 108 jenis sayur dan 80 jenis buah yang diperdagangkan kedua-dua negara. Dalam tempoh 16 tahun lalu, jumlah  durian yang dieksport Thailand ke China meningkat lebih 400 kali ganda. 

 

张哲