China Bantu Mangsa Taufan Filipina

2019-08-28 14:41:35  CRI
Share with:
Konsulat China di Laoag, Filipina semalam menyampaikan barang bantuan kecemasan kepada kawasan yang dilanda taufan Bailu. 

Bantuan berupa air minum, beras, makanan tin dan mi segera.

Gabenor wilayah Ilocos Norte, Matthew Marcos Manotoc menyifatkan bantuan itu sebagai satu lagi bukti persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. 

Taufan Bailu yang membadai sebahagian Pulau Luzon pada 23 hingga 24 Ogos telah membawa angin kencang dan hujan ribut. Banjir berlaku di Ilocos Norte, mengakibatkan dua nyawa terkorban dan lebih 40 ribu terjejas.

 
张哲