Pameran Pembuatan Pintar China di KL

2019-08-29 14:38:14  CRI
Share with:

Pameran Jenama Mesin dan Pembuatan Pintar China 2019 selama tiga hari dirasmikan di Kuala Lumpur semalam. 

Pameran anjuran Kementerian Perdagangan China melibatkan alat mesin, robotik, automasi industri dan kenderaan tenaga baharu, dengan penyertaan  hampir 60 syarikat domestik.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Ong Kian Ming dalam majlis perasmian menyatakan Malaysia antara yang paling awal memberi sahutan kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Katanya, Malaysia dan China rakan dagang penting bagi satu sama lain. China telah menjadi pelabur terbesar bagi sektor pembuatan Malaysia selama tiga tahun berturut-turut. Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 22 projek melibatkan pelaburan China diluluskan yang dijangka menyediakan kira-kira 4,000 peluang kerja di Malaysia.

Timbalan ketua Jabatan Pembangunan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Jia Guoyong pula menyatakan China dan Malaysia selaku tulang belakang kebangkitan Asia, harus meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan. Lingkungan perniagaan Malaysia diharap memanfaatkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua di Shanghai pada November untuk memperluas kerjasama.
 

张弘