Calon Guru Mandarin Filipina Bertolak ke China

2019-09-02 14:29:55  CRI
Share with:

Hong Xiuying, seorang lulusan Sekolah Menengah Sun Yat-sen di Filipina, bertolak ke Universiti Huaqiao Xiamen pada 31 Ogos untuk memulakan program ijazah sarjana muda selama empat tahun.

Pemudi berusia 19 tahun itu bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Cina selepas pulang ke tanah air nanti, dan mahu membantu pelajar-pelajarnya mengenali negara China.

Selain Hong, ada 10 lagi pelajar Filipina yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di China. Mereka dipilih oleh Pusat Pendidikan Cina di Filipina daripada kalangan penerima biasiswa kerajaan China di bawah program latihan guru Mandarin.

Program berkenaan telah dijalankan sejak 2007. Setakat ini, lebih 200 graduan telah kembali ke tanah air dan menjadi tulang belakang bagi pengajaran bahasa Cina di sekolah-sekolah Filipina. Bermula tahun lepas, calon-calon paling cemerlang mendapat tajaan kerajaan China.

曹捷