Harap Kekal Gencatan Senjata di Myanmar

2019-09-03 11:51:16  CRI
Share with:

Pihak-pihak terlibat diharap mengekalkan momentum rundingan perdamaian serta gencatan senjata di utara Myanmar.

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam berkata, China akan terus memainkan peranan konstruktif demi usaha itu. 

Difahamkan, Suruhanjaya Kedamaian Myanmar telah mengadakan rundingan dengan empat kumpulan bersenjata etnik minoriti iaitu Kachin, Kokang, Ta'ang dan Rakhaing pada 31 Ogos. Antara hasilnya, satu kenyataan bersama telah dibuat.

Pada hari yang sama, pasukan pertahanan Myanmar melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara di kawasan tersebut kepada 21 September.

Geng Shuang berkata, China teguh menyokong proses perdamaian Myanmar, dan sentiasa menganjurkan pihak-pihak di negara itu menangani perselisihan melalui dialog. Katanya, menjaga kedamaian dan ketenteraman di kawasan sempadan China-Myanmar selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.

曹捷