Hasil Lawatan Duterte Dapat Pujian

2019-09-04 13:05:07  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah melawat ke China pada 28 Ogos hingga 1 September.

Pegawai dan sarjana Filipina menyatakan lawatan yang membuahkan pelbagai hasil cemerlang, memperlihatkan prospek yang cerah bagi kerjasama pragmatik kedua-dua negara pada masa depan

Jurucakap Presiden, Salvador Panelo menganggap lawatan kali ini telah menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti ekonomi dan perdagangan serta penerokaan minyak dan gas asli.

Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez yang turut mengiringi lawatan berkata, semakin banyak projek pelaburan China dilaksanakan di Filipina yang melibatkan industri pembuatan, infrastruktur dan tenaga. Ini telah menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi Filipina.

Ketika membicarakan isu Laut China Selatan, Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menyatakan isu itu bukanlah seluruh hubungan Filipina dan China. Kedua-dua negara juga boleh menjalankan kerjasama dalam bidang-bidang lebih luas seperti ekonomi, perdagangan, pelancongan dan sosiobudaya, yang membawa faedah kepada rakyat.

曹捷