CAEXPO Galak Kerjasama Dagang

2019-09-09 11:18:20  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 akan diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 21 hingga 24 September dengan Indonesia sebagai negara tema.

Pengerusi Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong menyatakan CAEXPO wadah yang amat penting bagi menggalakkan kerjasama perdagangan antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, ekspo memberikan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana dari negara-negara ASEAN untuk menunjukkan kelebihan produk dan perkhidmatan masing-masing. Mereka juga dapat memahami keadaan semasa industri dan perkhidmatan berkenaan di China, selain berkongsi pengalaman dengan rakan kerjasama dari China.

Berlatarbelakangkan kebangkitan amalan perlindungan dan pelbagai cabaran besar pada masa ini, adalah amat perlu bagi negara-negara ASEAN mempergiat interaksi dan kerjasama dengan China, serta saling melengkapi dalam pelbagai bidang.

覃淼