Mesyuarat menteri-menteri ekonomi dan perdagangan ASEAN dan China (10+1) ke-18 diadakan di Bangkok, Thailand hari ini.
ASEAN menegaskan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China.
Menurut kenyataan bersama mesyuarat itu, kedua-dua pihak memuji kemajuan dalam pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) serta hasil usaha liberalisasi perdagangan barangan.
Para menteri negara-negara ASEAN turut memberi penghargaan atas usaha China dalam meningkatkan tahap kesalinghubungan dan integrasi blok berkenaan melalui pelbagai projek berkaitan kewangan, pengangkutan dan prasarana.