10+3 Sepakat Lindung Multilateralisme

2019-09-11 13:36:03  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-22 diadakan di Bangkok, Thailand semalam.

Para peserta mengulang komitmen untuk melindungi multilateralisme dan memperhebat integrasi ekonomi serantau, serta mendorong rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diselesaikan pada tahun ini.

Menurut kenyataan bersama setelah mesyuarat tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) dari China, Jepun dan Korea Selatan ke ASEAN berjumlah USD37.9 bilion (RM158.1 bilion) pada 2018, meningkat 9.9% berbanding tahun sebelumnya, dan menempati 24.5% keseluruhan FDI ke ASEAN.

Para menteri menegaskan perlunya melindungi sistem perdagangan multilateral yang terbuka, inklusif, telus, tanpa diskriminasi dan berasaskan peraturan.

高蕾