Sidang Diplomasi Digital di Jakarta

2019-09-11 14:24:40  CRI
Share with:

Persidangan Serantau mengenai Diplomasi Digital dirasmikan di Jakarta, Indonesia semalam.

Acara dua hari bertemakan "Diplomasi Digital: Cabaran dan Peluang" menyaksikan pegawai kanan kerajaan, kumpulan pemikir dan pegawai eksekutif syarikat membincangkan topik-topik yang berkenaan seperti cara untuk mengadakan kerjasama dalam diplomasi digital.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dalam ucapannya pada majlis perasmian menyatakan, diplomasi telah berubah seiring kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Beliau mengemukakan beberapa cadangan, termasuk memanfaatkan diplomasi digital sebagai alat untuk merancakkan kerjasama ekonomi dan menjana pembangunan.

Naib Presiden Persatuan Diplomasi Awam China, Luo Linquan menyatakan kesediaan China untuk bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi menyusun peraturan serantau mengenai diplomasi digital. China juga bersedia bersama-sama menjamin perkembangan sihat diplomasi digital, dan menghalang penyebaran berita palsu yang mencampuri urusan domestik atau memburuk-burukkan imej negara lain.

胡星