Malaysia Mahu Perkukuh Kerjasama Dengan China

2019-09-13 13:46:58  CRI
Share with:

Malaysia akan memfokuskan terhadap kerjasama dengan China dalam bidang teknologi inovasi, pertanian yang melibatkan pembekalan makanan dan perdagangan melalui Taman Industri Kuantan Malaysia-China(MCKIP) serta Taman Industri Qinzhou China-Malaysia(CMQIP).

Menteri Luar Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) semalam berkata, usaha tersebut adalah tambahan kepada kerjasama sedia ada iaitu perdagangan dan interaksi dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, meskipun hubungan rasmi diplomasi antara Malaysia dengan China sudah terjalin selama 45 tahun, namun beliau berkata hubungan dalam kalangan rakyat sudah terjalin lebih lama melangkaui zaman kesultanan Melaka.

Justeru katanya, hubungan antara kedua-dua negara ini bukan saja merangkumi dari aspek diplomasi, ekonomi dan perniagaan, malah turut menyentuh mengenai peradaban.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai Inisiatif “Jalur dan Laluan”(BRI), beliau berkata, Malaysia mendokong dan memberikan sokongan terhadap usaha itu.

Katanya, ia jelas ditekankan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa “Jalur dan Laluan” (BRF) Kedua di Beijing beberapa bulan lepas.

Justeru, beliau turut menyeru kepada syarikat-syarikat untuk merebut peluang secara proaktif menerusi teras-teras yang telah dipersetujui.

Dalam perkembangan lain, beliau memberikan penghargaan kepada pembangunan ekonomi China yang pesat serta keupayaan China untuk menyediakan bekalan makanan kepada rakyat seramai 1.4 orang bilion.

Tambah beliau, China kini berjaya menginovasi teknologi dan mengaplikasikannya kepada seluruh rakyat dari pelbagai peringkat termasuk peruncit dan petani.

徐国玮