Menteri Luar China, Malaysia Temu di Beijing

2019-09-13 13:48:12  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Saifuddin Abdullah di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China dan Malaysia. Kedua-dua negara perlu mengambil peluang ini untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi di samping mempertingkat kerjasama pragmatik di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Katanya, mekanisme rundingan dua hala tentang isu maritim China-Malaysia yang baru dibentuk hendaklah dimanfaatkan sebagai wadah untuk bersama-sama menjaga kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Dato' Saifuddin pula berkata, pihaknya bersedia memperkasakan pembinaan projek dua taman industri dengan China, meneruskan kerjasama dengan syarikat-syarikat China seperti Huawei, dan mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

徐国玮