Drama TV Hikayat Jelajah ke Barat dan Hikayat Tiga Negara Ditayangkan di Myanmar

2019-09-15 14:31:59  CRI
Share with:


Majlis tayangan drama TV Hikayat Jelajah ke Barat dan Hikayat Tiga Negara versi bahasa Myanmar telah diadakan di Yangon semalam. 

Duta Besar China di Myanmar, Chen Hai dalam majlis tersebut menyatakan bahawa kerjasama dan interaksi kebudayaan merupakan komponen utama hubungan China-Myanmar. Hubungan kedua-dua negara dapat ditingkatkan melalui kerjasama media, drama TV, filem, pelancongan kebudayaan, persembahan kesenian dan perlindungan warisan kebudayaan. 

Gabenor provinsi Yangon, Phyo Min Thein pula berkata, tayangan drama TV dan filem China di Myanmar dapat meningkatkan interaksi kebudayaan kedua-dua negara, malah meningkatkan kerjasama dan persahabatan rakyat Myanmar dengan China.

张宪