TCM Popular di Thailand

2019-09-16 11:55:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_中国中医专家培训泰国执业中医师

Sejak persatuan perubatan tradisional Cina (TCM) ditubuhkan di Thailand  hampir seratus tahun lalu dan ilmu perubatan itu diiktiraf secara rasmi pada tahun 2000, TCM makin popular di negara tersebut.

Ketua persatuan tersebut, Lin Danqian menyatakan pengamal tempatan harus belajar pengetahuan baharu dari sumber TCM iaitu China. Satu pangkalan latihan telah ditubuhkan hasil usaha sama pihaknya dengan Institut Konfusius Thailand dan Universiti Perubatan Wenzhou China. Selain membuka kursus berkenaan, pangkalan latihan juga kerap mengadakan aktiviti amal termasuk memberi perkhidmatan perubatan secara percuma di serata Thailand.

Setakat ini, terdapat lebih 1,200 pengamal TCM di Thailand. Sembilan universiti tempatan menawarkan program latihan TCM melalui kerjasama dengan universiti China, kursus yang memupuk lebih seratus pengamal setiap tahun.
 

张弘