Pencapaian China Dikatakan Mengagumkan

2019-09-17 14:48:52  CRI
Share with:

China telah memperoleh pencapaian yang mengagumkan dalam pembangunan negara dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat.

Demikian ujar Ahli Parlimen Singapura yang juga Pengerusi Business China, Lee Yi Shyan dalam satu temu bual baru-baru ini.

Beliau yang terlibat dalam pembinaan Taman Industri Suzhou, projek kerjasama pertama antara kerajaan Singapura dan China, telah menyaksikan pembangunan pesat ekonomi China sejak 1990-an.

Katanya, pembangunan pesat itu membolehkan pasaran China menawarkan semakin banyak peluang, yang turut menjadikan kerjasama dengan Singapura lebih rapat.

Pada 2007, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Business China ditubuhkan atas saranan Menteri Mentor Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew. Pertubuhan tersebut menyediakan wadah untuk merancakkan interaksi antara tokoh-tokoh perniagaan dan keilmuan Singapura dengan China.

Lee Yi Shyan turut memberi penghargaan terhadap keinklusifan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikatakan selaras dengan keperluan syarikat Singapura, juga sumbangan China kepada ekonomi dunia.  

张哲