Tren Asia Tengah Sambung Negara ASEAN

2019-09-17 14:48:07  CRI
Share with:
Lima unit kontena 40 kaki membawa kargo dari Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia selesai prosedur pelepasan kastam di Xiamen, tenggara China semalam sebelum diangkut ke Kazakhstan dengan kereta api Asia Tengah hari ini. 

In kali pertama kereta api antarabangsa Xiamen mengendalikan kargo dari pelabuhan empat negara tersebut ke Asia Tengah.

Perabot, sarung tangan dan peti sejuk kegunaan rumah antara yang dibawa dalam lima kontena menuju ke Almaty dan Nur-Sultan, dengan nilai  lebih USD155 ribu (RM648 ribu).

Laluan kereta api antarabangsa Xiamen mula beroperasi pada Ogos 2015. Setakat ini, kastam Xiamen telah menguruskan 104 kereta api yang memuatkan 3,770 kontena 40 kaki. Jumlah import dan eksport dianggarkan RMB1.4 bilion (RM826 juta).

 

张哲